BLOG ACTIVATE

Hye.

Blog Korn akan diaktifkan semula.
Apa pendapat anda? Sila bagi pendapat anda di ruangan komen.
(tidak melebihi 96 patah perkataan?

BLOG CLOSED

Today 18 Februaary 2016, Blog Korn dah officially closed.
Thanks for all memories.
Thanks for friendship.
Thanks for everythings.

Thank You.

Love.
Korn

LIFE 2016

Hype

2016. Tahun bersilih ganti. begitu juga bagi seorang manusia. Yang semakin hari semakin meningkat dewasa. Pertambahan umur yang bertambah angka di belakang. Bercakap mengenai tahun baru, pasti dikaitkan dengan azam tahun baru. Tiap-tiap tahun tahun, azam baru bermain di kepala. Jujur aku cakap, azam aku tahun lepas belum pun tercapai. Apa azam aku tahun lepas? Godek lah entry aku tahun lepas. Itu pun jika ada.


2016. Untuk tahun ini, aku akan lebih tumpukan pada aset. Dimana masa yang sesuai untuk aku setelkan masalah hutang-hutang, aset rumah, tanah, duit simpanan dan bermacam-macam lagi. Tapi bila bercakap pasal aset, ia tak mungkin melibatkan jangka masa pendek. Ia memakan masa mungkin lebih dari 5 tahun akan datang..


Apa? 5 tahun akan datang..? Kedengaran agak lama. Ya, memang lama.. Tapi pernah tak kau terfikirkan 5 tahun lepas..? 5 tahun lepas sampai sekarang apa aset yang kau ade? Kereta..? Jika kau katakan kereta tu aset kau, fikirkan balik, dah habis bayar ke kereta kau tu..?Kalau dah, tahniah..! ya itu memang aset kau. Kalau belum, itu bukan aset kau, malah itu bebanan kau yang masih belum  setel lagi..


***********


2016. Bagi merealisasikan impian dan azam aku ni, perlulah beberapa rujukan di buat. Terutamanya bila melibatkan wang.. Ya, duit.! Ramai yang fikir macam mana nak buat duit dengan cepat.. Sesetengah orang ade duit, tapi tak tahu macam mana nak gandakan duit menjadi lebih banyak. Ade jugak yang berfikir, lebihan dari gaji boleh simpan dalam bank. Sebagai contoh, sebulan menyimpan rm1k. Nanti dah setahun ade RM12k dalam bank. nanti lagi 5tahun akan ade RM60k dalam bank. Banyak kan..?

Pernah tak kau terfikir dengan simpanan RM1k sebulan tu, nanti lagi 5 tahun akan jadi RM200k..? Mustahilkan..? Tapi ada cara nya. Bagaimana..? Aku boleh kongsikan serba sedikit. Zaman sekarang ni ade bermacam-macam sumber rujukan, dan beberapa rujukan yang aku dah pernah jumpa Abang Ensem, Khairul Ezuwan(Key), Afyan Rawi dan beberapa orang lagi. Mereka ni antara yang boleh kau jadikan contoh untuk kau memiliki aset.

Halangan pertama bila kau dah dapat contact mereka yg di sebutkan tadi, mereka ade menawarkan talk untuk 3-4 jam. Jadi ade certain jumlah yang kau kena bayar untuk mengikuti kelas tersebut. Jika kau fikir dari mula nak bayar certain jumlah yang tak sampai RM100 tu, lupakanlah niat untuk memiliki aset yang lebih banyak. Itu sahaja yang aku boleh nasihatkan.


***********


Ade juga beranggapan membuat investment atau MLM mungkin boleh memberi pulangan aset yang lumayan. Bagi aku, aku dah banned kesemua MLM atau seangkatan dengan nya. Bukan lah aku kata semua MLM tak bagus. tapi ade juga yang sesetengah MLM boleh memberi rezeki, tapi ade juga yang boleh melingkupkan kau.. Daripada kau join MLM atau investment dari syarikat yang tak tahu asal-usul, baiklah kau simpan yang RM1k sebulan tu. 


Untuk yang berfikiran macam bawah ni :
*aku yakin company ni, jom ar join
*Company ni bagus, tgk leader dia dah pakai BiEmDabeliu


*Ko tgk tu org bawah die pun berkepuk duit, aku yakin boleh kaya ni
Jadi kalo ade juga yang pemikiran sipi2 macam ni dan nak jugak masuk, Tak mengapa masuk lah dengan modal paling kecik. kebiasaanya 100usd atau 200usd. Kalau kau fikir, modal kecik lambat kaya bersyukurlah, dari kau melingkup berpuluh ribu. Sekian


Dah kenapa entry azam 2016 aku panjang sangat dengan sendu tak bergambar..? Padahal point aku nak sampaikan azam 2016 aku nak kumpulakn aset je. Maaflah mungkin dah lama sangat tak menaip. Kalau kau dah baca sampai ke perenggan ni, tahniah. 

~KORN~